Categories
SELANGOR

‘PJ Safe Safety 4 All’, mantap keselamatan Petaling Jaya

Oleh : Asri Sapfie

PETALING JAYA, 28 NOV : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mewujudkan program “PJ Safe..Safety 4 All” bagi memastikan bandar raya itu menjadi kawasan  selamat dan selesa didiami semua.

Pengarah Penguatkuasa MBPJ, Fauzi Maarop, berkata program itu merupakan hasil inisiatif MBPJ dengan menggabungkan dua program keselamatan iaitu Pasukan Kejiranan Petaling Jaya (PKK PJ) dan Program Rondaan keselamatan (PRK) serta kenderaan khas terdiri dari dua buah kereta peronda dan lima buah motosikal.

DSC_0072a“Setiap rondaaan terbahagi kepada dua kumpulan, terdiri daripada dua orang anggota polis dan dua orang penguatkuasa dari MBPJ.”

“Pihak MBPJ amat berterima kasih kepada Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya yang sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya dalam program ini serta sentiasa memberikan maklum balas yang positif.” kata beliau

Beliau yang ditemui ketika majlis penyerahan risalah program keselamatan ini kepada orang awam berkata, orang ramai terutamanya penduduk MBPJ perlu mengetahui bagaimana program ini dijalankan.

“Mulai Januari 2014, kita akan mempersiapkan anggota penguatkuasa MBPJ dari segi pertambahan bilangan anggota dan kelengkapan seperti penyembur lada dengan secukupnya.

DSC_0060a“Dan hal ini bakal dibincangkan dengan pihak polis kerana setiap aktiviti rondaan ini memerlukan penglibatan daripada pasukan polis.” kata beliau

Program ini juga mensasarkan bukan hanya kawasan yang dikesan sebagai tempat kekerapan jenayah berlaku, malah turut melibatkan kawasan orang ramai seperti di tempat perkhidmatan awam dan sebagainya.

“Penting untuk setiap penduduk di Petaling Jaya merasa selamat di mana sahaja mereka berada dengan melihat kehadiran kami pihak polis dan penguatkuasa MBPJ di setiap lokasi.

“Dengan cara ini misi menjadikan bandaraya Petaling Jaya sebagai bandaraya yang selamat dan selesa dapat dicapai.” kata beliau

Hadir sama dalam program pengedaran risalah ini turut dihadiri oleh Ahli Majlis MBPJ, Derek John dan juga wakil daripada IPD Petaling Jaya.

-EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.