Categories
SELANGOR

Tiada pengecualian pemaju bina kolam tadahan air

OLEH : SIRAJ MOHD ZAINI

SHAH ALAM 29 NOV : Tiada pengecualian diberikan kepada setiap pemaju di Selangor kerana mereka wajib mengemukakan pelan pembangunan termasuk pembinaan kolam tadahan air untuk diteliti sebelum kelulusan diberikan.

teng chang kim 1Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Kim, berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya meluluskan perancangan pembangunan daripada pemaju dengan mengambil kira ulasan daripada pelbagai jabatan teknikal seperti Jabatan Pengairan dan Saliran.

“Sememangnya dalam perancangan pembangunan, PBT yang berkuasa sebab dia pihak yang memberi kelulusan, tapi sebelum kelulusan dibuat, sudah tentu pandangan dan ulasan dari pelbagai jabatan akan dilihat,” katanya ketika sesi Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan daripada Dr Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik) yang menyatakan pemaju I-City dikecualikan daripada membina kolam tadahan air.

Dr Yaakob berkata pelan pembangunan I-City perlu diselesaikan dahulu atau membina kolam tadahan air terlebih dahulu dengan pihak bertanggunjawab mempastikan pemaju berkenaan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Chang Kim berkata, MBSA sebagai PBT yang terlibat tidak mengecualikan daripada menyemak pelan pembangunan I-City.

Katanya, beliau tidak menerima laporan bahawa pengecualian diberikan kepada pemaju berkenaan dan jika ia berlaku, tindakan tegas akan diambil.

-EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.