Categories
SELANGOR

Amalan pemberian tanah kepada yayasan akan dikaji semula

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 2 DIS : Amalan pemberian tanah kepada yayasan di Selangor, terutama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Yayasan Selangor (YS) oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum tahun 2008 akan dikaji semula.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri juga bertindak membekukan tanah yang diberikan seperti di Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling dan Gombak sebagai langkah pertama bagi usaha berkenaan.

sidang dun 02Beliau berkata, pengurusan yang tidak cekap menjadikan tanah- berkenaan terbiar tanpa perusahaan yang boleh mendatangkan hasil untuk menjana aktiviti dan objektif penubuhan yayasan.

“Selepas 2008, nampaknya hubungan antara yayasan dengan kerajaan kegeri tidak mesra seperti sebelum itu, terutama YBK.

“Oleh itu, apa yang kita lakukan adalah memantau rapat harta kerajaan negeri supaya hasilnya untuk membasmi kemiskinan dan bukan mengayakan setengah daripada mereka,” katanya.

Abdul Khalid (PKR-Pelabuhan Klang) berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Gan Pei Nei (PKR-Rawang) berhubung langkah kerajaan negeri bagi memastikan sumbangan kepada badan kebajikan digunakan sebaiknya.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid memberitahu penelitian yang dilakukan Pakatan Rakyat (PR) mendapati hartanah yang diberikan kepada YBK dan YS diuruskan secara tidak telus.

“Kita dapati harta diberikan tidak diuruskan secara professional dan tanah diberi pula kepada kumpulan lain untuk diuruskan dengan pendapatan yang dihasilkan daripada usahasama ini juga sangat kecil.

“Saya terkilan dan memberikan contoh 1214.1 hektar tanah diberikan untuk ditanam kelapa sawit atas nama YS dan selepas tiga tahun, ia bukan lagi milik yayasan itu tetapi YS Berhad. Ini contoh bagaimana sikap profesional tidak diamalkan apabila sesuatu amanah diberikan kerajaan negeri,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.