Categories
NASIONAL

Anwar: Angkat nilai murni dan tolenrasi bersama

SHAH ALAM 25 DIS: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada seluruh rakyat untuk mempromosi,mengangkat nilai murni dan meraikan kepelbagaian kebudayaan di negara ini.

“Kita harus mengangkat nilai-nilai murni dalam pelbagai budaya dan memanfaatkan kekuatan dalam berbagai komuniti untuk mencapai Malaysia yang lebih bersatu dan harmoni.

Anwar-1“Ini adalah tatanan masyarakat kita yang perlu dijaga dan dipelihara. Mari kita semua terus menjaga toleransi dan menghormati sesama bangsa dan agama,” kata Anwar dalam perutusan Hari Natal 2013, hari ini.

Anwar turut meraikan dan menghargai peranan penganut agama Kristian di Malaysia secara khusus dan seluruh masyarakat secara amnya yang mengambil pendekatan toleransi dalam menghadapi perbezaan.

“Mari kita semua terus menjaga toleransi dan menghormati antara bangsa dan agama,” kata Anwar yang juga Ketua Umum PKR.

Tambah Anwar, perayaan Hari Natal yang disambut hari ini wajar dijadikan jambatan perhubungan antara masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama.

“Saya mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua penganut Kristian di Malaysia dan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua warga Malaysia,” kata Anwar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.