Categories
NASIONAL

BN beri musibah 4 tahun 6 bulan, pijak semut tak mati enam bulan terakhir

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG 27 DIS: Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan kemenangan dalam setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU), sekali gus meneruskan penguasaan di Putrajaya dengan hanya menggunakan taktik cuma berbuat baik pada enam bulan terakhir sebelum menjelang pilihan raya.

Manakala, dalam tempoh empat tahun enam bulan sebelumnya BN akan bertindak sesuka hati dengan menekan rakyat habis-habisan melalui siri kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan atau melakukan pembaziran, rasuah serta ketirisan.

Suhaizan-KaiatKetua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat, berkata strategi itu mampu mempengaruhi sesetengah golongan pengundi yang boleh dimomokan dengan isu perkauman yang dimainkan BN.

“BN boleh naikkan harga barang, terbabit dengan salah guna kuasa dan rasuah selama empat tahun enam bulan. Selama tempoh ini, mereka akan guna sebaik mungkin tetapi dalam tempoh enam bulan terakhir akan jadi sebaik-baiknya, pijak semut pun tak mati.

“Masa itu BN datang dengan pakej. Pertama menawarkan pelbagai bantuan seperti pinjaman mudah, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sebagainya, manakala kedua pula akan bawa ancaman perkauman iaitu kalau Pakatan Rakyat (PR) menang, cina akan memerintah atau PR ada hubungan dengan Singapura untuk bentuk kerajaan bersama.

“Empat tahun enam bulan yang mereka marah (BN) tadi tetapi dengan cuma enam bulan BN buat baik, habis semua jangkamasa itu. Itulah orang Melayu,” katanya dalam program Wacana Pemuda Turun Kos Sara Hidup di Hotel KK, di sini, malam tadi.

Suhaizan berkata, rakyat perlu dibekalkan pendidikan politik secara berterusan bagi membolehkan mereka memilih kerajaan yang mampu memikul amanah dengan bertanggungjawab sepanjang lima tahun sebelum tiba musim PRU berikutnya.

“PAS sendiri fikir kita boleh gunakan strategi kebajikan. Kita buat kebajik\kan selama lima tahun dan nampak berhasil tetapi bila tiba enam bulan di hujung, BN bawa satu sahaja kebajikan yang besar habis semua terbalik kerana mereka gunakan dana kerajaan yang besar.

“Sesetengah Melayu ini macam tidak terfikir dia mengundi itu ada kaitan dengan kenaikan harga barang dan sibuk fikir isu lain, sedangkan apabila BN menang pelbagai polisi akan dilaksanakan yang menyusahkan mereka seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST),” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.