Categories
BERITA UTAMA

Gantung permit The Heat sejarah hitam dunia kewartawan Malaysia

Oleh : Hata Wahari
PENGGANTUNGAN  permit akhbar mingguan The Heat adalah satu lagi sejarah hitam  dalam dunia kewartawanan Malaysia, sudah tidak terkira banyaknya akhbar-akhbar di negara ini digantung kerana menyiarkan berita, rencana dan pelbagai lagi penulisan yang menegur kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya walaupun itu merupakan salah satu tugas utama akhbar serta wartawan.

Saya ingin menyoal semua wartawan di Malaysia ini, sampai bila kita hendak membiarkan perkara ini berlaku dan adakah kita seperti selalu hanya melihat dan melaporkan sahaja perkara ini berlaku.

hata wahari protes utusan 01Sehubungan itu saya menyeru wartawan-wartawan, editor, pemilik media dan mereka yang berkaitan untuk melakukan tindakan yang sewajarnya,makksud saya kita perlu memboikot dari membuat liputan terhadap kerajaan dan pemimpin-pemimpin kerajaan kerana rekod kebebasan media mereka yang teruk.

Mari kita bersama-sama bersatu hati membuat demonstrasi besar-besaran di mana kita memilih satu hari untuk tidak membuat liputan, kita kosongkan media-media online, letakkan warna  hitam dalam media online, akhbar dan pelbagai lagi media.

Mari kita berdemonstrasi di hadapan pejabat Perdana Menteri, Putrajaya untuk menyatakan bantahan kita terhadap kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri.

Saya boleh memberi lagi tindakan-tindakan yang ekstrem tetapi saya percaya tidak ramai wartawan yang sanggup melakukkannya, kerana saya percaya sebilangan besar wartawan-wartawan di Malayia ini merupakan wartawan dunia ketiga yang tidak sanggup berkorban untuk memperjuangkan nilai-nilai kewartawanan dan kebebasan media.

Sehubungan itu saya menyeru kepada rakan-rakan wartawan marilah kita bersatu hati, berpadu tenaga untuk melawan kezaliman kerajaan dan pemimpin-pemimpin ke atas kita wartawan di Malaysia ini. Cukuplah kita ditekan selama ini, sekarang masa untuk bertindak dan melawan.

* Hata Wahari adalah bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ)  dan Koresponden Wartawan Tanpa Sempadan (RSF)

Leave a Reply

Your email address will not be published.