Categories
NASIONAL

Alasan teknikal KDN ditolak, wartawan tetap demo 4 Januari

Oleh : Nurul Farina Nazlan

mediaberani

SHAH ALAM 31 DIS: Gerakan Media Marah (GERAMM) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) segera mengembalikan hak penerbitan kepada akhbar mingguan, The Heat.

Mengikut sekretariat GERAMM, alasan KDN bahawa penggantungan itu hanya bersifat “sementara” tidak boleh dipakai kerana permit penerbitan diberikan kepada semua sebagai hak asasi yang dijamin Perlembagaan dan penggantungan itu juga bercanggah dengan semangat kebebasan dalam Perlembagaan.

“Selepas mengembalikan lesen penerbitan The Heat, kementerian juga dituntut tidak mengulangi tindakan seumpama ini kerana bersifat tidak demokratik dan anti-kebebasan media terhadap mana-mana penerbitan.

“Semangat kebebasan media ini bukan sahaja diperjuangkan oleh GERAMM, wartawan dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO), tetapi juga ditegaskan dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Copy of merahBcyTYtFCEAA-11s

GERAMM juga bakal menganjurkan demonstrasi bantahan Protes Pensel Merah (Red Pencil Protest) di depan Majlis Peguam, Leboh Pasar Besar, Kuala Lumpur, bermula jam 2 petang, pada 4 Januari ini.

“Kami menyeru kepada semua wartawan dan pembaca supaya menyertai kempen ini bagi menegaskan lagi lapan tuntutan adil yang harus dipertimbangkan kerajaan demi kemajuan negara dan kebaikan kita bersama.

“GERAMM juga memohon kerjasama baik polis dan pihak berwajib memudahkan perjalanan Protes Pensel Merah supaya dapat dilangsungkan dengan lancar dan aman,” katanya.

 

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.