Categories
SELANGOR

Kejohanan Badminton cungkil bakat baru kembali kegemilangan

OLEH : Norhayati Umor

SHAH ALAM 12 DIS : Satu kejohanan badminton remaja negeri Selangor bawah 16, 14 dan 12 tahun akan diadakan pada 23 hingga 27 Disember ini bagi mencungkil bakat baru selain mengembalikan kegemilangan sukan terbabit di negeri itu.

1 (2)Exco Sukan, Dr Yunus Hairi, berkata penganjuran itu memberi peluang dan galakan melalui penyertaan remaja dan belia dalam meningkatkan mutu sukan badminton seterusnya menggalakkan mereka menceburi sukan itu.

Katanya, ekoran daripada Piala Menteri Besar bagi bola sepak yang diadakan baru-baru ini, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif wujudkan pembangunan sukan di peringkat akar umbi.

“Dulu Selangor berjaya melahirkan ramai atlet yang menjadi sebutan antarabangsa, contohnya bintang badminton, keluarga Allahyarham Datuk Sidek Abdullah Kamar.

2 (2)“Oleh itu, Kerajaan Negeri dan Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) mencadangkan supaya dianjurkan pertandingan ini.

“Kita juga dalam perbincangan dengan keluarga Allahyarham untuk memberikan nama keluarga itu bagi piala itu nanti,” katanya dalam sidang media, di Bangunan SUK, di sini.

Dr Yunus berkata kejohanan pertama kali diadakan itu akan dibincangkan supaya menjadi acara tahunan.

“Kita juga merancang pertandingan ini tahun hadapan dianjurkan di peringkat Majlis Sukan Daerah supaya dapat mencungkil bakat-bakat baru di kawasan pendalaman,” katanya.

Kejohanan Badminton itu akan diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Seksyen 7, Shah Alam.

Format pertandingan adalah ‘kalah mati’ bagi semua ketegori dan pertandingan itu terbuka kepada warga negeri Selangor dan permastautin negeri sahaja.

Kategori yang akan dipertandingkan adalah perseorangan dan beregu lelaki dan wanita bawah 16, 14 dan12 tahun.

Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori bakal membawa pulang hadiah wang tunai serta piala dan hadiah wang tunai juga akan diberikan sehingga tempat keempat.

-EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.