Categories
SELANGOR

Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar Selangor medan cungkil bakat muda

Oleh : Norhayati Umor
SHAH ALAM 7 DIS : Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar Selangor bawah 16 tahun akan dipertimbang untuk dijadikan acara tahunan sebagai landasan bagi mencungkil bakat muda sukan bola sepak negeri.

Exco Belia dan Sukan Negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata perkara itu akan dibincangkan secara terperinci untuk melahirkan pelapis muda yang berkebolehan bermain bola sepak.

Hi Tea Piala MBKatanya, usaha itu bakal memfokuskan kepada bawah 16 tahun kerana pelajar pada peringkat usia itu kurang terbabit daripada sebarang peperiksaan besar.

“Saya kira ia perlu dijadikan acara tahunan. Kita lihat anak negeri ini berminat untuk bermain terutama bawah 16 tahun kerana mereka ini lebih relaks daripada peperiksaan besar.

“Daripada acara ini, kita dapat mempamerkan pemain tanpa mengira kawasan atau daerah dan mencungkil bakat sesiapa sahaja yang berminat,” katanya dketika majlis minum petang sempena meraikan pasukan, pegawai dan urusetia kejohanan bola sepak piala MB Selangor 2013, di Dewan Megawati, kediaman rasmi MB, di sini, semalam.

Pada masa sama, Yunus berharap penubuhan akademi bola sepak tahun hadapan dapat digunakan sepenuhnya oleh belia yang berminat dalam bidang itu.

Hi Tea Piala MBKatanya, akademi itu nanti akan memberi peluang menjadi pelapis, di samping pekerjaan kepada mereka yang terbabit.

Kejohanan terbabit menyaksikan pasukan Petaling Perdana menjuarainya selepas berjaya menewaskan pasukan Klang 3-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), November lalu.

Juara bagi kejohanan yang julung kali diadakan itu membawa pulang wang tunai RM5,000, piala iringan dan pingat serta hadiah yang disampaikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kejohanan yang menggunakan format liga itu membabitkan 10 pasukan daripada lapan daerah seluruh Selangor, bermula 20 November lalu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.