Categories
NASIONAL

Kerajaan Pusat digesa arah ATM bantu mangsa pasca banjir

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 12 DIS : Kerajaan Pusat digesa mengarahkan tenaga daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau mana-mana pihak untuk membantu mangsa banjir di terutama membersihkan rumah mereka yang berlumpur.

IMG-20131211-WA052Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa, berkata beliau kecewa dengan sikap pihak berwajib terutama Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) yang masih gagal menyalurkan bantuan menyeluruh kepada mangsa banjir.

Katanya, sewaktu Pasukan Prihatin Jingga 13 Malaysia mengagihkan barang makanan dan alat tulis dari rumah ke rumah, majoriti mangsa banjir memaklumkan tidak menerima sebarang bantuan makanan.

“Bayangkan sekiranya rumah warga emas, bagaimana mereka hendak membersihkan rumah yang penuh lumpur, mengangkat perabot yang rosak dan sebagainya,” kata Fariz dalam kenyataan medianya.

IMG-20131211-WA049Fariz berkata, boleh dikatakan hampir 100 peratus barang rumah mangsa banjir seperti perabut, barangan elektrik, barang-barang makanan, pakaian rosak dan bercampur dengan lumpur terutama di dalam rumah mereka.

“Dipohon agar satu operasi menyeluruh dibuat oleh pihak kerajaan agar dapat meringankan penderitaan mangsa banjir berdepan dengan kerugian harta benda.

” Mereka memerlukan tenaga untuk membersihkan lumpur memenuhi rumah dan halaman rumah serta membuang segala perabut rumah rosak dan sudah tidak dapat digunakan,” kata beliau.

Katanya, JKM sewajarnya mengambil peranan lebih efektif dan berkesan agar bantuan disalurkan kepada mangsa banjir terutama mewujudkan dengan segera Pusat Penyediaan Makanan kepada mangsa banjir.

JINGGA 13 merayu kepada warga prihatin untuk terus menghulurkan derma ikhlas melalui akaun MBB 162272638343 Rohaida Mansor (Bendahari Jingga13 Malaysia) untuk disumbangkan kepada mangsa banjir dan membantu sukarelawan yang berkhidmat secara sukarela untuk urusan pengangkutan ke lokasi diperlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.