Categories
NASIONAL

Perlembagaan Persekutuan jamin hak berhimpun

KUALA LUMPUR, 27 DIS: Himpunan membantah kenaikan kos sara hidup pada malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka dijamin oleh perlembagaan Persekutuan.

“Himpunan anjuran rakyat ini adalah himpunan aman yang dibenarkan menurut perkara 10 Perlembagaan Malaysia,” kata Gabungan Gerakan3112 dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dalam kenyataan bersama, di sini, hari ini.

TURUN1-300x300Tiga tuntutan utama gabungan berkenaan adalah mendesak kerajaan menurunkan punca kenaikan kos sara hidup, tidak mengkhianati janji sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 dan menghentikan pemborosan serta ketirisan yang terpaksa ditanggung rakyat.

Tegas gabungan itu, himpunan malam tahun baru menjadi isyarat kepada kerajaan bahawa rakyat tidak berdiam diri apabila dibuli penguasa.

“Inilah masanya rakyat memperjuangkan nasib di bumi sendiri,” katanya yang dipetik daripada Keadilan Daily.

Gabungan Gerakan3112 dan Turun menegaskan himpunan yang akan berlangsung, pada malam 31 Disember ini tidak ada kena mengena dengan ‘himpunan guling kerajaan’ seperti tohmahan pihak tidak bertanggungjawab.

“Kami menyeru orang ramai hadir merentasi batasan politik kepartian dan fahaman agama kerana semua tidak terkecuali dengan polisi zalim yang diperkenal pemerintah.

Pada masa sama, gabungan terbabit memaklumkan akan berhimpun di tiga lokasi iaitu di Sogo, Masjid Jamek dan Pasar Seni, pada jam 9 malam sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.