Categories
NASIONAL

Polis tahan pengerusi NGO TURUN

SHAH ALAM 24 DIS: Polis menahan pengerusi NGO TURUN, Mohd Azan Safar, yang merancang untuk mengadakan perhimpunan besar bagi membantah kenaikan kos sara semasa sambutan ambang tahun baru pada malam 31 Disember.

Mengikut laporan Malaysiakini, Mohd Azan ketika dihubungi berkata beliau ditahan sepasukan anggota polis ketika sedang makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

safarKatanya, polis membawa beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dan kini sedang berusaha mendapatkan perintah tahanan reman.

Katanya, polis menyiasat beliau mengikut peruntukan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Mohon (penyokong) terus bersolidariti berikan sokongan. Perjuangan tidak akan berhenti di sini,” katanya melalui sistem pesanan WhatsApp.

Siswa tersebut, yang turut memimpin Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia pada hari Ahad lalu mengadakan flashmob di kawasan beberapa pusat membeli-belah di Kuala Lumpur bagi mempromosi perhimpunan 31 Disember.

Leave a Reply

Your email address will not be published.