Categories
KENYATAAN MEDIA

Tajaan kerajaan terhadap PERKASA dedah wajah sebenar UMNO-BN

Oleh: Nik Nazmi Nik Ahmad

Pengakuan PERKASA dan Isa Samad bahawa badan bukan kerajaan (NGO) terbabit menerima bantuan Kerajaan menerusi agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tatanegara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mendedahkan wajah sebenar UMNO-BN.

Selama ini, kita menegaskan bahawa PERKASA adalah perkakas UMNO-BN untuk membakar sentimen perkauman. Pendedahan ini telah membuktikan bukan sahaja dakwaan kami, tetapi wang rakyat digunakan untuk memberi subsidi kepada suatu kumpulan perkauman dan menjayakan strategi pecah dan perintah UMNO-BN.

niknazmiIni juga menimbulkan persoalan tentang BTN. Ramai termasuk saya sendiri sebelum ini membangkitkan program BTN yang bukan sahaja menyebarkan propaganda politik malah perkauman. Kerajaan pada 2009 telah memberi komitmen untuk melakukan perubahan. Namun jika BTN merupakan antara agensi terlibat membantu Perkasa, nyata sekali tiada apa-apa perubahan.

Slogan 1Malaysia dan Transformasi yang diuar-uarkan Najib Razak sekali lagi terbukti tidak membawa sebarang makna.

* Nik Nazmi Nik Ahmad adalah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor merangkap ADUN Seri Setia

Leave a Reply

Your email address will not be published.