Categories
SELANGOR

AMK Selangor bimbang isu ambil alih air, Giat Mara diputar belit

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 20 JAN: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor hari ini menghantar memorandum kepada kerajaan Selangor berkaitan isu pengambilalihan air dan penutupan Pusat Giat Majlis Amanah Rakyat (MARA) Selayang.

Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri, berkata penjelasan su berkenaan penting memandangkan rakyat keliru berikutan keputusan kerajaan negeri  itu diputar belit media arus perdana.

Katanya, AMK mahu menjadi jambatan penghubung antara kerajaan negeri dan rakyat bagi menjelaskan dua isu itu.

azmizam luar pc 01“AMK merasakan kami perlu membantu kerajaan negeri menjelaskan isu ini kepada rakyat yang mula keliru.

“Terutama apabila ia diambil kesempatan oleh media milik Umno-BN untuk menunjukkan kononnya merekalah juara dalam isu itu,” katanya.

Beliau dan beberapa wakil AMK Selangor hadir menghantar memorandum di bangunan SUK yang kemudian diterima Setiausaha Politik Menteri Besar, Azman Abidin.

Memorandum itu susulan kepada keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (MPP AMK) pada 17 Januari lalu yang dipengerusikan Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Antara lain, memorandum itu meminta kepastian sama ada pengambilalihan pengurusan air oleh Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) memberi kesan kepada program pemberian air percuma yang dilaksanakan kerajaan negeri sejak 2008.

Turut dibangkitkan ialah perkembangan lanjut berhubung rancangan pemberian saham air kepada rakyat Selangor sebagaimana dijanjikan ketika kempen pilihan raya lalu.

“Berhubung dengan isu penutupan Pusat Giat Mara Selayang, kami juga memohon penjelasan dan tindakan segera bagi menangani dan mengurus persepsi di kalangan rakyat.

“Lebih-lebih lagi golongan anak muda dan pengundi Melayu yang begitu sensitif dengan isu itu,” katanya.

-NFN FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.