Categories
NASIONAL

Anwar pertahan dakwaan wujud ‘orang dalam’ halang masuk Jepun

Oleh : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 22 JAN: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa wujudnya ‘orang dalam’ sehingga mengakibatkan beliau dihalang masuk ke Jepun.

Anwar dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini sekali lagi meminta kerajaan Jepun dan Kementerian Luar memberikan penjelasan.

Beliau berkata, terdapat pihak bertanggungjawab yang terbabit dalam sekatan berkenaan hingga menyebabkannya tidak dapat memasuki negara itu.

EMY_1708“Saya tidak pernah cakap (wisma Putra), saya cuma kata ‘tangan ghaib’ sebab pegawai Imgresen (Jepun) merujuk kepada laporan terbaru.

“Jadi, saya kata inginkan penjelasan daripada kedua pihak, autoriti Jepun dan Menteri Luar apakah sebenarnya di sebalik laporan tersembunyi itu yang dinafikan kerana ada kuasa untuk berbuat demikian.

“Saya ada hak sebagai seorang rakyat, kamu kena jelaskan kepada saya,” katanya di Ibu Pejabat PAS, di sini, hari ini.

Katanya, visa adalah perlu bagi seorang bekas banduan, namun Anwar tetap mempertahankan dirinya yang tidak mengadapi sebarang masalah memasuki negara itu sebelum ini.

“Kita pergi Jepun sekarang tanpa visa dan sudah rujuk kepada pegawai visa di kedutaan, saya ingin ke sana dan ada sebarang keperluan yang perlu disediakan, dia (pihak kedutaan) kata ok.

“Saya pergi tahun 2006 dan lepas. Itu kali pertama melalui proses itu dan ia selesai, namun pergi kali ini sahaja tidak lepas, bahkan bukan saya tidak tahu undang-undang itu kerana sedia maklum,” katanya.

Anwar sebelum ini masuk ke Jepun dengan visa pada tahun 2006, 2009, dan 2012.

Pada masa sama, Anwar menyuarakan bantahan terhadap tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam demonstrasi dengan memijak dan membakar bendera Jepun, di kedutaan negara itu, di sini, semalam .

japan_flag_blowingAnwar berkata, namun beliau menyokong tindakan AMK yang mengadakan demonstrasi membantah keputusan kerajaan Jepun menghalangnya memasuki negara matahari terbit itu.

“Saya setuju hak ketua AMK membantah keputusan Kerajaan Jepun. Tetapi saya tidak setuju tindakan memijak bendera Jepun,” katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat PAS, hari ini.

AMK semalam mengadakan bantahan terhadap kerajaan Jepun dan menuntut penjelasan larangan mereka terhadap Anwar untuk memasuki negara berkenaan.

Namun, tindakan memijak bendera berkenaan menimbulkan kontroversi dan mendapat reaksi negatif pelbagai pihak.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.