Categories
NASIONAL

Anwar pertahan flash mob ‘kangkung’ sindir Najib

SHAH ALAM, 18 JAN : Tindakan beberapa peserta demonstrasi menggunakan replika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disumbat ‘kangkung’ sebagai simbol bantahan terhadap kenaikan kos dipertahankan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memetik laporan Malaysia Kini, Anwar menyifatkan flash mob ‘kangkung’ yang dianjurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon itu tidak seteruk tarian punggung oleh kumpulan veteran tentera di hadapan rumah bekas penyelaras Bersih, Datuk S Ambiga, pada 2012.

anwar-gstKatanya, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) juga pernah dihina Pemuda Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebelum ini, namun hanya segelintir pihak sahaja tampil membantah.

“Kenapa tidak ada bantahan apabila tarian punggung itu dilakukan? Adakah perbuatan itu betul daripada segi agama atau pelakuan (moral)?

“Anda tidak boleh mempertahankan itu (tarian punggung) berbanding dengan apa yang (Lee) Khai Loon lakukan,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Sungai Lembu, semalam.

Khai Loon dalam satu demonstrasi kecil Khamis lalu, membawa gambar besar replika Najib dengan mulut ternganga yang disumbat 10 kilogram kangkung sebagai bantahan terhadap peningkatan inflasi.

Tindakan itu mengundang pelbagai reaksi daripada Pemimpin Umno yang mengecam Khai Loon sebagai biadap, kurang ajar dan kebudak-budakan selain menuntutnya memohon maaf atas tindakan itu.

kangkung3Pada 12 Januari lalu, Najib dalam ucapannya berkata kerajaan pusat tidak pernah dipuji apabila harga barangan turun.

Menggunakan kangkung sebagai contoh, beliau berkata harga sayuran seperti kangkung sudah turun tetapi Putrajaya tidak menerima sebarang pujian.

Kenyataannya yang disiarkan siaran televisyen tempatan, TV3 dan dimuat naik ke You Tube mencetuskan kritikan daripada pengguna laman sosial yang kebanyakannya menyatakan kebodohan Najib menggunakan kos sayuran yang tumbuh liar di tepi jalan sebagai contoh kerajaan memahami.

Sejak itu, kenyataan kangkung tersebar luas di media sosial hingga ada yang memuat naik video, gambar, parodi, jenaka dan flash mob yang mempersendakan Najib.

Leave a Reply

Your email address will not be published.