Categories
NASIONAL

Bebas tuduhan sertai perhimpunan Bersih 3.0, pengajaran untuk pendakwa raya

Oleh NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR 10 JAN: Keputusan Mahkamah Sesyen di sini, hari yang membebaskan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari tuduhan mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 3.0, harus dijadikan iktibar.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata, keputusan itu patut menjadi pengajaran kepada pendakwa supaya beriskap profesional dan menjadikan undang-undang sebagai asas.

“Ini satu lagi keputusan amat bersejarah bagi reformasi dalam negara ini. Pertuduhan yang dibuat pendakwaraya diketepi oleh Hakim Mahkamah Sesyen.

“Ia ekoran keputusan awal yang dibuat Mahkamah Rayuan bahawa perintah Majistret bagi menghalang perhimpunan Bersih 3.0 sebelum ini tidak sah sekaligua menjadikan pertuduhan cacat, tidak boleh diteruskan.

“Maka Mahkamah Sesyen membenarkan rayuan saya bersama Anwar, Badrul Hisham dan tertuduh lain,” katanya kepada Selangor Kini, hari ini.

imagesTiga panel hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Linton Albert, hari ini sebulat suara memutuskan arahan Majistret Kuala Lumpur, Zaki Asyraf yang mengharamkan perhimpunan Bersih 3.0 pada 2012, cacat kerana tidak menepati perlembagaan.

Ekoran keputusan itu, Hakim Ahmad Bache di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Anwar, Azmin, Badrul Hisham dan tiga lain dilepas tanpa dibebaskan dari tuduhan berkenaan.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.