Categories
SELANGOR

DAP Selangor zahir sokongan penuh terhadap PKR

SHAH ALAM, 29 JAN: DAP Selangor memberikan sokongan penuh kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam usaha memastikan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, berkata DAP Selangor akan memberi segala bantuan dan sokongan kepada PKR bagi memastikan kemenangannya dalam PRK itu.

tony-puaBeliau menegaskan bahawa sebagai rakan yang setia, DAP tidak akan meninggal atau mengkhianati PKR ketika parti itu memerlukan sokongan penuh mereka.

“DAP Selangor ingin mengisytiharkan sokongan penuh kami untuk calon PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil nanti,” katanya yang dipetik daripada Malaysia Kini.

Katanya, Pakatan Selangor sudah membuktikan kebolehannya untuk mentadbir negeri itu dengan cara yang telus dan bertanggungjawab, selain membasmikan penyelewengan serta rasuah yang didakwanya berlaku dalam pentadbiran sebelumnya, sejak lima tahun lalu.

“Jika kemasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pakatan Selangor boleh membantu memainkan peranan utama dalam membawa kita ke tahap yang lebih tinggi, maka Selangor akan menjadi model yang sangat baik untuk dicontohi negeri lain.

Anwar“Dalam proses itu, pencapaian dalam empat tahun akan datang akan menjadi batu loncatan utama bagi PR untuk memenangi Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

“Bagi mencapai visi perubahan dalam Kerajaan Persekutuan untuk digantikan dengan sebuah kerajaan yang bukan sahaja cekap, bertanggungjawab dan telus, selain mendengar serta melakukan yang terbaik demi kepentingan rakyat, maka kami menyeru rakyat Selangor supaya memberi sokongan penuh kepada PR dalam PRK DUN Kajang,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.