Categories
KENYATAAN MEDIA

Kerajaan Negeri tidak pernah arah Pengurus Besar PKNS tarik balik surat penamatan khidmat Azmin Ali

Oleh: Datuk Mohammed Khusrin Munawi

Terdapat banyak laporan media yang membuat spekulasi dan melaporkan berita tanpa merujuk fakta yang sahih berkenaan isu penamatan perkhidmatan YB Tuan Mohamed Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS sejak kebelakangan ini.

Oleh yang demikian saya ingin memberi penjelasan berkenaan surat bertarikh 16 Januari 2014 yang dihantar oleh Pengurus Besar PKNS, Dato’ Osman Bin Omar yang isi kandungannya mendakwa Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan supaya surat bertarikh 8 Januari 2014 yang menamatkan perkhidmatan Y.B Tuan Mohamed Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS ditarik semula dan dianggap terbatal.

pkns 2Saya ngin menegaskan bahawa dakwaan Pengurus Besar PKNS dalam surat yang bertarikh 16 Januari 2014 itu adalah tidak benar.

Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah mengarahkan PKNS supaya menarik semula surat penamatan perkhidmatan YB Tuan Mohamed Azmin Ali yang bertarikh 8 Januari 2014 tersebut.

Isu ini akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang akan diadakan pada hari Rabu, 22 Januari 2014 ini.

Pihak pengurusan PKNS juga telah diminta untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

Sementara itu, siasatan dalaman sedang dijalankan ke atas Pengurus Besar PKNS dan Setiausaha Eksekutif Kerja PKNS bagi merungkai perkara sebenar di sebalik isu ini.

Saya meminta kepada semua pihak supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan khabar angin yang tidak sahih berkenaan isu ini sehingga siasatan dalaman selesai dijalankan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan membuat keputusan.
YB DATO’ HAJI MOHAMMED KHUSRIN BIN HAJI MUNAWI
SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Leave a Reply

Your email address will not be published.