Categories
SELANGOR

Kerajaan Pusat perlu proaktif pasti bekalan ikan dan kelapa cukup

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 13 JAN :Kerajaan Pusat diminta prihatin dengan nasib golongan peniaga dan pengguna dengan proaktif memastikan bekalan kelapa dan ikan adalah mencukupi supaya tidak menjejaskan jualan.

kelapaBeberapa peniaga di Pasar Seksyen 6, di sini merungut ekoran bekalan ikan dan kelapa berkurangan dengan harga kedua-dua bekalan itu juga mengalami kenaikan dalam tempoh beberapa hari ini.

Peniaga kelapa, Helmi Karim, 54, berkata dalam tempoh seminggu ini, bekalan kelapa berkurangan menyebabkan jualannya terjejas.

KELAPA - HELMI KARIM 54Katanya, setakat ini, tiada permintaan untuk menampung kekurangan bekalan kelapa.

“Biasanya permintaan kelapa saya sehari 300 biji tetapi minggu ini, lima hari untuk 1,000 biji kepala pun tidak ada.

“Saya tidak tahu apa punca bekalan kelapa kurang. Hal ini menyusahkan saya untuk memenuhi permintaan restauran dan kedai makan yang lain,” katanya ketika ditemui di Pasar Seksyen 6, di sini.

Bagi peniaga ikan yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Din, 48, berkata beliau memilih untuk berniaga seperti biasa kerana menyedari penduduk perlu mendapatkan barangan basah setiap hari walaupun sukar mendapatkan ikan segar.

IKAN - ABG DIN 48Katanya, kemungkinan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini menyebabkan kekurangan bekalan ikan.

“Namun, disebabkan saya memang hanya menjual ikan segar yang berkualiti tinggi, jadi saya berusaha mendapatkan bekalan ikan,” katanya.

Beliau berkata harga ikan besar seperti merah dan jenahak mengalami kenaikan setiap hari dan menjadikan harga ketika ini sebanyak RM45 sekilogram.

Tinjauan Selangor Kini juga mendapati harga kelapa dijual RM1.80 sebiji berbanding RM1.60 minggu lalu.

IKANManakala, harga ikan kembung dijual pada harga RM12 sekilogram, kembung RM18, selar RM12, kerisi RM15, bawal hitam RM25, bawal putih RM17 dan udang RM33 mengikut saiz.

Harga ikan mengalami kenaikan minimum RM3 kg.

Situasi kenaikan pelbagai harga itu menyebabkan peniaga beranggapan barang mahal dan modal besar tetapi keuntungan tipis.
EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.