Categories
NASIONAL

Kumpulan ‘pro-kangkung’ bakar patung ‘Kai Lan’

SHAH ALAM, 19 JAN: Anggota Umno Pulau Pinang dan sekutu mereka menganjurkan sebuah lagi perhimpunan membantah flash mob wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyindir kenyataan ‘kangkung’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Bukit Mertajam, hari ini.

Memetik Malaysia Kini, peserta himpunan itu membakar patung dengan gambar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Machang Bubuk, Lee Khai Loon dan turut meludah serta memijaknya,

Lee Khai LoonMereka juga menyimbah air ke atas poster pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang bertulis ‘Guru yang ajar DAP biadab Melayu’.

Kira-kira 200 orang menyertai perhimpunan di kawasan pasar malam di Alma dan sebelum itu terdapat ucapan yang menggelar Khai Loon sebagai kurang ajar, bodoh dan bermulut kotor.

Mereka juga mempermainkan nama Khai Loon sebagai ‘Kai Lan’ sempena nama sayur popular di Malaysia selain kangkung.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.