Categories
EKONOMI

Mitos telaga beracun di sebalik keindahan Bukit Melawati

Oleh Naeem Raffi

BUKIT MELAWATI tersimpan seribu satu kisah sejarah kehebatan Kesultanan Selangor dari abad ke-17, selain keindahannya yang mendamaikan hati.

Dikenali sebagai Bukit Selangor, dahulu ia pernah menjadi kota pemerintahan Sultan Ibrahim (1778-1826).

Mengikut sejarah, Kota Melawati pernah ditakluk Belanda pada 1784 selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka.

Pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Datuk Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Abd Majid Pahang, menyusun strategi menawan kembali Bukit Melawati.

Serangan dibuat selepas Isyak. Sebelum fajar Subuh menyingsing, Bukit Melawati dapat ditawan semula. Dalam tempoh satu malam sahaja Belanda dapat diusir keluar.

Selain itu, Bukit Melawati juga pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Abdul Samad sebelum berpindah ke Bukit Jugra di Kuala Langat.

IMG_5534

Antara kesan tinggalan sejarah yang masih kukuh sehingga hari ini ialah benteng kubu pertahanan yang dibina ketika Kota Melawati diserang Belanda.

Di puncaknya juga terdapat sebuah telaga beracun yang dikatakan hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung. Secara mitosnya, penderhaka atau pesalah akan direndam seluruh badan sehingga ke paras dagu.

IMG_5532Selain itu, di pintu masuk Kota Melawati, terdapat satu batu hampar yang dipercayai menjadi tempat untuk memancung kepala pesalah.

Tinggalan dan kisah sejarah kesultanan Selangor itu juga boleh disaksikan di Muzium Sejarah Kuala Selangor.

Selain artifak sejarah, keindahan pemandangan puncak Bukit Melawati yang menghadap Laut Selat Melaka menjanjikan pengalaman menarik buat pengunjung.

Malah, pengunjung juga boleh mendampingi penghuni hutan si ‘Lotong Kelabu’ ketika berada di puncak bukit.

IMG_5665Berbekal kacang panjang dan kangkung segar yang dijual penjaja, pengunjung berpeluang menjinakkan puluhan lotong, malah memegang dan bergambar bersama spesis monyet kelabu berjambul.

Di kaki Bukit Melawati pula, pengujung boleh melawati Masjid Kuala Selangor, Taman Alam, pangkalan nelayan Permatang dan jeti istirehat Kuala Selangor.

Di puncak bukit pula, ada sebuah menara tinjau untuk melihat anak bulan dan rumah api yang masih berfungsi sebagai panduan kepada nelayan yang mencari rezeki di laut.

Untuk menyaksikan semua itu, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan kereta api atau dikenali sebagai ‘Trem’ untuk mendaki Bukit Melawati.

Tambang hanya RM2 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak setiap Sabtu dan Ahad.

logo-mdksMajlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) pula menjalankan beberapa projek pembangunan, penambahbaikan dan pengubahsuaian sepanjang tahun 2011 sehingga pertengahan 2013.

“Merugikan jika kelebihan di Kuala Selangor gagal diselengara dan dipertingkat.

“Jadi menerusi dana dari Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS) dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, MDKS manfaatkan sepenuhnya,” kata Setiausahanya, Azahari Sairin

Beliau juga mahu menyelesaikan rungutan pengunjung berkaitan masalah tandas yang kedudukan agak jauh dari lokasi startregik, selain menambah bilangan papan tanda arah.

“MDKS akan menambah bilangan papan tanda tunjuk arah yang mencukupi untuk kemudahan pengunjung,” katanya.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.