Categories
SELANGOR

MPBJ naik taraf Bulatan Othman, atasi masalah trafik

Oleh : NAEEM RAFFI

PETALING JAYA, 30 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sedang giat menaik taraf Bulatan Othman kepada persimpangan lampu
isyarat disebabkan kesesakan trafik yang sekian lama membelenggu pengguna jalan raya berkenaan.

Datuk Bandar MBPJ, Datin Paduka Alinah Ahmad, berkata kerja naik taraf itu dijalankan melalui peruntukan khas RM3.14 juta yang
dijangka siap, pada 23 Ogos ini.

“Umum mengetahui situasi trafik sedia ada di Bulatan Othman mengalami kesesakkan lalu lintas yang kritikal terutama di waktu puncak.

datin-alinah“Atas faktor pertambahan kenderaan yang tinggi serta pembangunan kawasan sekitar yang pesat, bulatan sedia ada tidak lagi mampu
menampung tambahan trafik,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Katanya, kerja menaik taraf bulatan berusia 40 tahun itu mengambil masa sekitar 10 bulan kerana turut membabitkan pengalihan utiliti sedia ada.

“MBPJ melantik syarikat PUSPACON bagi pelaksanaan projek terbabit termasuk kerja pengalihan utiliti.

“Pengalihan utiliti ini adalah bagi mengelakkan berlakunya gangguan perkhidmatan lain ketika dan selepas pembinaan persimpangan itu,”
katanya.

bulatan othmanAlinah berkata, beliau berharap pengguna lalu lintas bersabar sementara waktu bagi memberi laluan kepada projek berkenaan dijalankan.

Tinjaun Selangor Kini di lokasi pembinaan berkenaan hari ini mendapati kerja naik taraf dan pengalihan utiliti sedang giat dilakukan.

Selangor Kini juga difahamkan, MBPJ melalui Jabatan Kejuruteraannya akan membuat bilik kawalan lampu isyarat di tingkat 22, Menara
MBPJ selepas ini bagi membantu mengatasi kesesakan.

Bulatan Othman terletak berhampiran Seksyen 1 Petaling Jaya yang menemukan Jalan Templer dan Jalan Gasing.
Ia adalah laluan trafik dari Lebuhraya Persekutuan  ke Lebuhraya Pantai dan menghubungkan Jalan Klang Lama ke kawasan Petaling Jaya Selatan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.