Categories
KENYATAAN MEDIA

Perutusan Maulidur Rasul 1435 Hijrah – Anwar Ibrahim

Menjelang sahaja 12 Rabiul Awal, maka kita umat Islam pasti terkenangkan Baginda Muhammad SAW kerana pada tarikh tersebut junjungan mulia dilahirkan.

Sungguhpun begitu, mengingati Rasulullah SAW pastinya tidak sekadar khusus pada 12 Rabiul Awal semata-mata. Junjungan kita yang menyampaikan pesan wahyu itu haruslah dingati sepanjang masa.

Maulidur RasulRisalah yang berpaksi tauhid, mengithbatkan Allah, menafikan patung dan menuntut pembaharuan dan perubahan menyeluruh sistem kehidupan.

Demikian di rumuskan sebagai obor yang membawa pencerahan, membebaskan manusia, dasar zalim dan bobrok.

Justeru, dalam menghadapi malapetaka yang menimpa umat dari Afghanistan ke Iraq, Syria, Mesir dan bumi Palestin, serta kekeliruan dan kedangkalan fahaman umat termasuk dalam negara kita.

Marilah kita jadikan sambutan Maulud untuk memperkuat tekad, meningkat ilmu dan amal selaras dengan risalah perdamaian, keadilan dan rahmatan Lil aalamin!

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG PARLIMEN MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.