Categories
SELANGOR

PKR persiap jentera PRK Kajang, pastikan majoriti lebih besar

Oleh : Afix Redzuan

KAJANG, 29 JAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor akan menggalas tanggungjawab bagi memastikan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan majoriti lebih besar.

Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali berkata, jentera pilihan raya sudah bersedia dan menunggu pengumuman daripada Suruhajaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, beliau sudah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad dan akan mengadakan perbincangan lanjut untuk mempersiap gerak kerja jentera bersama parti komponen Pakatan Rakyat (PR).

Azmin HQ PKR 02“Kita akan memastikan kemenangan Anwar, calon DUN Kajang dalam PRK yang akan ditetapkan SPR dengan majoriti lebih besar.

“Kita juga akan menggembeleng seluruh tenaga jentera PKR emua peringkat di Selangor dan nasional demi memastikan kemenangan PR.

“Selaras dengan kemuafakatan PR, PKR Selangor menjamin kerjasama erat dengan PAS dan DAP di semua peringkat bagi menggerakkan jentera PR,” katanya kepada media, di sini, hari ini.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menegaskan, fokus utama adalah untuk memenangkan Anwar dan segala ‘cakap-cakap’ berkenaan pertukaran Menteri Besar disifatkan sebagai spekulasi.

Azmin sebelum itu turut mencabar Umno meletakkan calon mereka terutama Presiden, Datuk Seri Najib Razak.

anwar najibKatanya, strategi meletakkan Ketua Pembangkang sebagai calon demi melonjakkan sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ini juga adalah komitmen besar yang ditujukkan PKR demi mengukuhkan sokongan kepada PR di Selangor dan persediaan ke Putrajaya.

“Umno kalau berani letak calon di Kajang. Jangan letak MCA, MIC dan Gerakan tetapi Datuk Seri Najib.

“Kita makan sate Kajang bersama. Selepas itu, kita lawan habis-habisan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.