Categories
SELANGOR

Tinjauan: Reaksi berbeza tapi ramai mahu Anwar tanding PRK Kajang

Oleh : HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 30 JAN: Pelbagai reaksi positif ditunjukkan rakyat Selangor berhubung pencalonan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengekalkan penguasaan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Pemilihan Anwar sebagai calon berikutan kerusi DUN Kajang kosong selepas perletakan jawatan ADUNnya, Lee Chin Cheh yang diisytiharkan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh, pada 27 Januari lalu.

Danny Pesara, Danny Chong, 68, berkata Anwar pasti mempunyai strategi tertentu untuk menawan seterusnya mengekalkan penguasaan PKR di DUN Kajang kerana beliau adalah pemimpin politik berpengalaman luas.

“Ini pasti satu perkembangan positif bagi politik Selangor apabila bakal mendapat sentuhan kepimpinan seorang tokoh dan bekas pemimpin kanan negara yang sudah diiktiraf di pentas antarabangsa. Kita mesti menyokongnya kerana rakyat memerlukan seseorang seperti beliau,” katanya yang ditemui Selangor Kini, di sini, semalam.

OLYMPUS DIGITAL CAMERABagi pekerja restoran, Adam Muri, 21, dia melihat Anwar sebagai pemimpin berwibawa yang mampu membawa perubahan besar kepada Selangor yang sedang pesat berkembang.

“Sebagai generasi muda, saya melihat pencalonan Anwar akan mengukuhkan lagi kedudukan Pakatan Rakyat (PR) apabila beliau memenangi DUN itu dan banyak kebaikan akan dirasai rakyat Selangor.

“Walaupun dianggap seperti ‘turun pangkat’ tetapi kesediaan beliau untuk bertanding di DUN Kajan g membuktikan semangatnya untuk terus berbakti seperti yang dilakukan di Permatang Pauh,” katanya.

Baharuddin Mat Dom, 52.Sementara itu, ahli perniagaan, Baharuddin Mat Dom, 52, menyifatkan PKR tidak menghadapi masalah mengekalkan DUN Kajang walaupun dilanda pelbagai kontroversi.

“Rakyat kini selesa di bawah kepimpinan PR selaku pentadbir kerajaan negeri dengan penguasaan dua pertiga. Kedudukan PR akan lebih mantap dan BN selaku pembangkang akan lebih sukar selepas ini.

“Anwar sudah membuktikan kebolehan sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. DUN Kajang tentunya bukan masalah bagi Anwar jika menang di sana,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.