Categories
SELANGOR

Denggi : 16 kawasan di Klang berisiko denggi

Oleh : HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 30 JAN: Orang ramai perlu memberi kerjasama dalam mencegah wabak denggi daripada kerap berlaku berikutan catatan kes tinggi yang dicatat di kebanyakan kawasan di Selangor.

Di Klang sahaja merekodkan 487 kes dalam tempoh 1 hingga 27 Januari lalu yang menunjukkan peningkatan melebihi 100 peratus berbanding tahun lalu dengan kira-kira 184.7 kes sebulan mengikut jumlah keseluruhan 2,217 kes, sepanjang tahun lalu.

Daripada jumlah 487 kes itu, 471 kes adalah demam denggi, manakala 16 kes demam denggi berdarah dan tidak ada kematian berlaku, manakala tahun lalu merekodkan 2,140 kes demam denggi dan bakinya demam denggi berdarah dengan satu kematian.

6c3fb8142299c3bad074c9b7a04b7abf Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Kawalan Vektor Majlis Perbadaran Klang (MPK), Zakaria Ismail, berkata angka dicatatkan menunjukkan berlaku peningkatan dengan 40 hingga 60 kes dilaporkan setiap hari.

Beliau berkata, antara punca kejadian adalah sikap orang ramai yang mengambil mudah dalam isu berkenaan termasuk pembuangan sampah dan bahan terbiar.

“Kita harap orang ramai terutama penduduk di Klang lebih prihatin akan perkara ini dan memberi kerjasama dalam menjaga kebersihan kawasan rumah masing-masing.

“Selain keadaan cuaca berubah yang memudahkan pembiakan jentik-jentik dan nyamuk aedes, kita dapati sikap orang ramai juga mempengaruhinya,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, semalam.

227197_214941871866899_100000532638313_800822_6270309_nZakaria berkata, MPK mengenal pasti kira-kira 16 kawasan terbabit dalam kes itu terutama di Taman Sentosa dan Taman Bangi Perdana, selain sentiasa menjalankan pemantauan serta operasi bagi mengawal keadaan termasuk sesi penerangan kepada orang ramai.

“Kita menjalankan pemeriksaan setiap hari termasuk semburan asap fogging di kebanyakan kawasan. Bila ada kes, kita akan memeriksa kawasan rumah serta persekitaran dalam jarak 200 meter radius,” katanya.

Beliau berkata, MPK menjalankan program gotong-royong pembersihan di beberapa kawasan perumahan dengan menyediakan tong sampah besar bagi kemudahan orang ramai membuang sampah dan bahan buangan, baru-baru ini.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Ahmad Fauzi Ishak pula berkata, 58 kes demam denggi dilaporkan berlaku di kawasan seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu, sejak 1 hingga 28 Januari lalu.

K1Katanya, antara kawasan terbabit adalah Bandar Tasek Puteri Zon 7, Rawang dengan enam kes, Selayang Baru 8 (16), Rumah Pangsa Pinggiran Batu Caves (14) dan Bandar Tasek Puteri Zon 1, Rawang (22).

“Jabatan Kesihatan MPK sentiasa menjalankan operasi bagi mencegah dan mengawal wabak denggi daripada terus berlaku. Baru-baru ini, kita dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Negeri dan pelbagai agensi menjalankan operasi gempur Aedes di kebanyakan kawasan terbabit,” katanya.

Fauzi berharap orang ramai memberi kerjasama bagi mengawal dan mencegah wabak itu dengan lebih bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan di kawasan penempatan masing-nasing.

Minggu lalu, kerajaan negeri mengarahkan semua PBT untuk memantau kawasan ‘hotspot’ yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes berikutan peningkatan wabak denggi yang semakin membimbangkan di Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata hospital dan klinik juga diarahkan supaya menghantar laporan secara berkala untuk mengetahui jumlah pesakit yang diserang wabak denggi.

Katanya, langkah itu bagi memudahkan kerajaan negeri mengambil tindakan proaktif untuk mengawal penyebaran wabak denggi daripada terus menular di kalangan masyarakat.

Antara kawasan PBT yang dilaporkan mencatatkan angka tinggi adalah Petaling Jaya, Subang Jaya, Selayang dan Klang, manakala sehingga 22 Januari lalu, 6,155 kes dilaporkan iaitu meningkat 243 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Selangor mencatat kes tertinggi iaitu 3,168 kes dengan dua kematian diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing dengan 666 kes.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.