Categories
NASIONAL

Serangan ke atas DAP, bukti BN alih isu harga barang naik

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 20 JAN: Tindakan blogger pro-Barisan Nasional (BN) menyerang DAP dalam isu membabitkan perkauman dan agama jelas membuktikan mereka sekali lagi cuba mengalihkan isu kenaikan harga barang.

Hal itu bagi membolehkan mereka meraih kembali sokongan terhadap penyokong parti yang turut berang dengan tindakan pemimpin mereka.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu nyata mengecewakan dan hanya menjadikan DAP sebagai ‘Punching Bag’.

teo nie ching 01“Saya rasa, kini Umno dalam apa juga isu berkenaan agama dan kaum selalu mempersalahkan DAP. Ini adalah taktik mereka dan semua orang tahu kini rakyat terbeban dengan ‘Barang Naik’.

“Jadi, mereka ingin mainkan isu perkauman dan agama supaya mereka boleh menyatupadukan penyokong mereka,” katanya.

Katanya, lebih mengecewakan lagi apabila ada blogger yang sanggup mereka cerita bahawa DAP cuba memecah belahkan Islam di Johor.

“Apa juga isu yang berlaku di Johor mereka kait dengan DAP. Tuduhan juga dilemparkan atas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang kononnya ingin peristiwa 13 Mei berulang.

“Sebenarnya semua ini tidak ada kaitan dengan DAP tetapi segala yang berkenaan isu agama dan perkauman mereka mempersalahkan kami. DAP sebenarnya menjadi ‘punching bag’ kepada mereka,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

umno-retakDAP membuat satu laporan polis di Kulai Jaya, semalam melalui Setiausaha Politik Lim Kit Siang terhadap artikel seorang blogger yang menyatakan ‘Makin kuat DAP di Johor, makin kuat Islam dipecah’.

Mengulas berkenaan kejadian seorang guru beragama Islam yang perlu membuka tudung jika ingin mengajar di Johor beliau menegaskan, perkara itu adalah tindakan individu dan tidak membabitkan parti politik.

Beliau yang tidak bersetuju dengan tindakan pengetua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) itu berkata, semua pihak perlu menghormati agama lain di negara ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.