Categories
SELANGOR

SMUE : 196 waris daerah Petaling terima bayaran fasa ke-2

 

Oleh : Naeem Raffi

SERDANG, 19 JAN: Seramai 196 orang waris Skim Mesra Usia Emas (SMUE) daripada daerah Petaling menerima baki bayaran khairat kematian RM1,500 yang disampai Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming.

Pembayaran SMUE fasa ke-2 itu diberikan dalam satu masjlis ringkas di Balai Masyarakat BS 4, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, dekat sini, hari ini.

Pembayaran sumbangan titu membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan, DUN Seri Serdang, DUN Kinrara, DUN Subang Jaya, DUN Taman Medan, DUN Bukit Gasing dan DUN Seri Setia.

Kian Ming berkata, pelaksanaan SMUE adalah antara bukti bahawa kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bersungguh-sungguh menjaga kebajikan dan memastikan setiap lapisan masyarakat di negeri itu menikmati manfaatnya sehingga ke akhir hayat.

Ong Kian Ming 01“Ini adalah salah satu bukti bagaimana kerajaan negeri di bawah PR membela nasib setiap rakyatnya. Hal ini memperlihatkan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) ditampilkan dengan pelbagai program antara lainnya membantu mengurangkan beban rakyat,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, semalam.

Hadir sama Pegawai Bahagian Kewangan Pejabat Daerah Petaling, Azlina Aziz dan Ketua kampung Seri Kembangan, Thong kim Fatt.

Kian Ming berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri dan wakil rakyat PR menyampaikan bantuan kepada mereka yang berhak tanpa mengira ideologi politik, agama dan kaum.

Lantas, beliau menyeru kepada pihak yang belum berkesempatan mendaftar dengan program MES untuk tampil segera berbuat demikian.

“Usaha murni ini (MES) hanya akan tercapai dengan pembabitan anda (rakyat). Mungkin ramai yang kabur bagaimana mereka mahu sertai program ini, yang mana caranya dengan pergi ke Pusat Khidmat Masyarat (PKM) di DUN masing-masing kerana di sana pengawai bertugas sentiasa bersedia membantu anda semua,” katanya.

Sim Ming HengPenerima Sim Ming Heng, 40, menzahirkan rasa terharu dan berterima kasih di atas keperihatinan kerajaan Selangor.

“Mendiang ayah saya bukan lahir di Selangor dan kami sekeluarga berasal dari Pahang tetapi bermastautin di sini lebih 25 tahun. Jadi, saya lihat kerajaan negeri benar-benar telus kerana beri bantuan tanpa mengira kaum, kecenderungan politik dan agama.

“Mendiang mendaftar di DUN Taman Medan, apabila kematiannya saya pergi ke Pejabat DUN untuk menuntut bayaran Fasa 1 (RM1,000) dan prosesnya sangat cepat. Ia membantu proses pengebumian ayah,” katanya.

Wan Intan Mawati Wan IsmailSeorang waris dari DUN Seri Setia, Wan Intan Mawati Wan Ismail, 29, yang kehilangan ayahnya akibat kanser usus, pada Ogos lalu turut melahirkan kesyukuran atas sumbangan itu.

“Tidak keterlaluan jika saya katakan ini adalah kerajaan negeri yang harus di contohi, bukan sahaja yang hidup diberi bantuan tetapi yang sudah tiada masih menerima bantuan.

“RM1,500 ini saya akan gunakan untuk kenduri arwah dan urusan berkenaannya yang masih berbaki,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.