Categories
SELANGOR

Speaker: DUN Kajang kosong, PRK dalam tempoh 60 hari

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM 27 JAN: Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh mengisytiharkan kerusi DUN Kajang dikosongkan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari.

Perkara itu diumumkan Hannah petang ini dalam satu sidang media khas di Dewan Annex dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada SPR esok.

HannahIa berikutan Adun Kajang dari PKR, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat serta merta dalam satu surat bertulis yang diserahkan secara peribadi kepada Speaker hari ini.

“Ini selaras dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor Perkara 68 bahawa seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) boleh melepaskan jawatannya melalui surat di bawah tandatangannya yang ditujukan kepada Speaker.

“Selaras dengan Fasal 5 Perkara 70 Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh kekosongan itu berlaku dan saya akan maklumkan secara bertulis kepada SPR esok pagi.

“Dengan ini saya mengisytiharkan kerusi N25 Kajang telah dikosongkan pada hari ini,” katanya.

Bagaimanapun sebab perletakan jawatan itu tidak dinyatakan dan Hannah meminta supaya perkara itu ditanya secara peribadi kepada Lee sendiri.

Beliau berkata keputusan menempatkan calon baru untuk bertanding di kerusi itu juga akan ditentukan oleh pucuk pimpinan PKR.

Dalam pilihan raya umum lalu, Lee sebagai calon PKR menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, BERJASA dan tiga calon bebas.

Kawasan itu mempunyai 38,965 pengundi dengan 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan India sebanyak 10 peratus.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.