Categories
SELANGOR

SPRM siasat pegawai khas menteri

SHAH ALAM 9 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga individu termasuk seorang pegawai khas Menteri dan seorang ahli perniagaan berpangkat ‘Datuk’ kerana disyaki terbabit dalam rasuah berhubung pemberian tender pembersihan di sebuah kementerian.

logo SPRMSPRM dalam satu kenyataan media berkata Pegawai khas berkenaan di tahan di sebuah restoran di Selangor malam tadi oleh pegawai SPRM.

Ketiga mereka yang berumur antara 30-an dan 40-an di bawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya jam 8.30 pagi tadi.

Majistret Nur Dahlia Azmi mengeluarkan perintah reman selama tiga dan empat hari bagi semua yang disiasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.