Categories
SELANGOR

MB: Rakyat penting demi kelangsungan pentadbiran Selangor

Oleh : AFIX REDZUAN

KAJANG, 4 FEB: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid menegaskan rakyat adalah keutamaan beliau dalam memastikan hasil pentadbiran negeri dikongsi bersama.

Abdul Khalid berkata, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrhim adalah individu istimewa yang sentiasa memantau perkembangan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

“Kita tidak mahu rakyat tertinggal dan ingin mereka terus dapat keistimewaan. Sudah tentu pilihan utama kita adalah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

DSC_9768“MES juga sentiasa dekat di hati Anwar,” katanya pada majlis Pelancaran Jentera DUN Kajang di hadapan hampir 350 orang penyokong di Dewan Orang Ramai Taman Mesra, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali; Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin; Exco Selangor, Rodziah Ismail dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin dan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Abdul Khalid yang juga Pengarah Pilihan Raya DUN Kajang berkata, pimpinan negeri perlu bekerja keras mencari sumber kewangan untuk membantu rakyat.

“Saya berjanji akan bekerja keras. Kita ada pasukan baru untuk meletakkan Malaysia terus maju di bawah Pakatan Rakyat,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.