Categories
SELANGOR

‘Sibuk mengata Selangor, Negeri Sembilan pun ada masalah air’

SHAH ALAM 25 FEB: Kerajaan Pusat dan pimpinan BN patut menghentikan propaganda masalahan gangguan air yang berlaku di Selangor, kerana Negeri Sembilan turut mengalaminya.

Ketua Angkatan Muda (AMK) Negeri Sembilan, Nazree Yusof, berkata antara kawasan yang terjejas adalah di Sendayan, Rasah, Mambau dan Seremban sehingga memberi kesan kepada 8,000 isi rumah semenjak Rabu lalu.

krisis air“Kerajaan BN sibuk mengata negeri Pakatan Rakyat akan mengalami masalah gangguan air dan sebagainya, tapi sekarang ni jadi pada Negeri Sembilan pula.

“Jadi BN perlu beri bertanggungjawab terhadap krisis air yang berlaku di Negeri Sembilan ni.” katanya dipetik Keadilandaily.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini melaporkan pihak berkuasa mengambil 13 juta liter air mentah dari Sungai Batang Benar dan 45 juta liter lagi dari Sungai Ulu Muar bagi menampung pengguna di Seremban.

NazreeKatanya lagi, rakyat kini mampu menilai tindakan kerajaan yang sebelum ini sering kali menunding jari terhadap negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat dimana Selangor bakal menghadapi gangguan air yang kritikal.

“BN perlu beri penjelasan dan langkah yang sepatutnya perlu diambil untuk pulihkan keadaan di Negeri Sembilan ni.

“Kita akan sedia untuk duduk berbincang dan memberi pendapat, tapi kita nak dengar dulu apa penjelasan dari pihak kerajaan.” katanya.

Difahamkan negeri pentadbiran BN seperti Johor mengalami kemerosotan paras air yang mendadak di Empangan Semberong Kiri, Empangan Bekok dan Empangan Machap yang membekalkan air kepada penduduk Kluang, Batu Pahat serta Pontian.

Sementara itu media melaporkan, Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi menerima permohonan daripada pihak pengurusan empangan di Johor, Sarawak dan Negeri Sembilan bagi melaksanakan pembenihan awan untuk menghasilkan hujan ekoran cuaca panas ketika ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.