Categories
NASIONAL

Anwar di forum ‘Legasi Tunku Abdul Rahman’ malam ini

SHAH ALAM 10 FEB: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tampil sebagai jemputan khas di forum ‘Legasi Tunku Abdul Rahman’ di Kolej New Era, Kajang jam 8.30 malam ini.

Antara panelis yang bakal menyampaikan pidato di forum anjuran Institut Rakyat tersebut ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan ahli parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan bekas Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreevenasan.

Menurut penganjur, forum ‘Legasi Tunku Abdul Rahman’ bagi membincangkan peranan Perdana Menteri pertama itu sebagai penyokong harmoni di antara kumpulan etnik dan agama.

TVSelangor akan membawa siaran langsung program itu yang boleh dilayari di http://tv.selangorku.com

legasi

Leave a Reply

Your email address will not be published.