Categories
NASIONAL

Anwar menang PRK, Umno tiada harapan rampas Selangor

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG 10 FEB: Sekiranya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac nanti, harapan Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali negeri terkaya itu daripada Pakatan Rakyat (PR) bakal terkubur.

Anwar berkata, perkara itu disuarakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sebaik mengetahui beliau merupakan calon dalam PRK Kajang.

EMY_5740“Bila mengetahui, Umno terus adakan mesyuarat. Orang yang tengah tidur bangun balik sebab Anwar nak pergi Selangor. Tun Daim Zainuddin juga bangun dan bagi tahu kalau Anwar jaga Selangor, habislah Umno.

“Jadi Umno tengah fikir macamana nak sekat (tetapi) orang Kajang akan tentukan mereka mahu atau tidak,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian semasa program Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil Kajang di Dataran Prima Saujana, Kajang baru-baru ini.

Kata Anwar lagi, Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berjaya membuktikan keupayaan PR dalam mentadbir kerajaan negeri jauh lebih baik dan berkesan berbanding BN sendiri sebelumnya.

Sementara itu mengulas isu sama, Anwar turut meberi jaminan kepada pengundi Kajang tujuan beliau bertanding hanya untuk kepentingan rakyat dan bukan untuk kepentingan diri sendiri.

“Kalau itulah niat saya, haram sokong saya. Haram, kalau niat saya nak mentekedarah duit Negeri Selangor. Kita kena ingat ini amanah yang diberikan rakyat dengan urus tadbir yang telus.

“Bagi orang tengok selepas ini, bagi setahun dua, orang Negeri Sembilan, orang Perak boleh tengok Selangor. Kita tunjukkan Selangor mempunyai landskap politik, ekonomi, kebersihannya yang betul-betul berubah,” kata Anwar lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.