Categories
NASIONAL

Anwar : Politik samseng makin memuncak di Malaysia

Oleh : AFIX REDZUAN

KAJANG, 9 FEB: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau turun ke Kajang untuk meneruskan perjuangan menentang politik samseng yang semakin memuncak kebelakangan ini.

Katanya, perpaduan di Malaysia harus lebih baik termasuk pergaulan daripada segi politik terutama dalam keadaan negara yang sudah lama mengamalkan keharmonian kaum.

“Seharusnya lagi lama perlu lebih baik. Tetapi lagi lama makin teruk dan saya mahu lawan politik samseng, maka sebab itu turun ke Kajang” katanya.

anwar-gstBeliau berkata demikian pada sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2014 yang turut dihadiri Pengerusi Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekoah Cina (Dong Zong), Dr Yap Sin Tian dan pimpinan Pakatan Rakyat, di Kolej New Era, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Anwar turut memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan meminta beliau terus berjuang walaupun berhadapan ancaman serangan.

Katanya, agama Islam sendiri menganjurkan keamanan dan menjamin kesejahteraan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.