Categories
SELANGOR

Bekas ADUN : Anwar cemerlang di Kajang

SHAH ALAM, 9 FEB : Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Kim Sin menyifatkan kemenangan Anwar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu akan membawa Selangor lebih cemerlang dan menjadi negeri contoh terbaik di Malaysia.

Memetik laporan Keadilan Daily, beliau yakin Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mampu membawa perubahan besar di Kajang seterusnya Selangor.

Katanya, perubahan itu bukan hanya membabitkan pucuk pimpinan tetapi daripada segi dasar kerana Anwar adalah tokoh terbilang.

Lee Kim Sin “Saya yakin Anwar akan bawa prubahan besar di kawasan ini dan Selangor. Perubahan yang saya maksudkan bukan hanya pucuk pimpinan tetapi juga daripada segi dasar kerana Anwar adalah tokoh yang terbilang.

“Kita nampak masa depan Selangor akan berlainan. Kita akan cipta satu model dan tauladan untuk tunjuk kepada rakyat bagi membolehkan mereka banding antara dasar Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).

“Saya percaya berdasarkan pencapaian Selangor, rakyat akan nampak dengan lebih jelas perbezaan itu,” katanya ketika berucap di Majlis Hi-tea bersama Anwar di Taman Delima, baru-baru ini.

Lee Kim Sin atau lebih mesra dipanggil Cikgu Lee adalah penyandang kerusi DUN Kajang sejak 2008 selepas menewaskan penyandang sebelum itu, Datin Paduka Low Lee Leng daripada MCA yang kemudiannya diganti Lee Chin Cheh pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Anwar PCSehubungan itu, katanya, usaha perlu ditingkatkan kerana berdasarkan pilihan raya lalu, PR berdepan masalah kekurangan jumlah undi Melayu di Kajang.

Beliau menyeru penduduk turut serta dalam kempen itu untuk menjelajah daripada rumah ke rumah dan berjumpa dengan masyarakat setempat seperti dilakukan dalam kempen sebelum ini.

“Berdasarkan pengalaman lepas, kita ada kekurangan undi di kawasan Melayu. Jadi, saya akan turun bersama untuk bekerja dan kita akan jelajah daripada rumah ke rumah, masjid dan surau.

“Jika perlu duduk bercangkung di warung, kita akan lakukan bagi memastikan calon kita menang dengan lbanyak dan lebih cemerlang,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.