Categories
NASIONAL

Abdul Hadi ucap takziah pemergian Yazid Jaafar

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 9 FEB : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga pendakwah terkenal, Yazid Jaafar yang disahkan meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Kuala Lumpur , hari ini.

Abdul Hadi dalam satu kenyataan berkata, kehilangan Yazid yang juga veteran PAS adalah satu kehilangan besar buat seluruh ahli dan kepimpinan parti berkenaan khususnya di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Haji Abdul Hadi Awang“Saya bagi pihak seluruh kepimpinan PAS bersama ahli serta pendokongnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada isteri Allahyarham dan ahli keluarganya atas pemergian beliau.

“Sesungguhnya pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar buat semua ahli, pendukung dan penyokong PAS seluruh negara khususnya di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Semoga segala khidmat dan pengorbanan yang dipersembahkan kepada perjuangan Islam mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT,” katanya.

pak yazidAllahyarham yang dikenali sebagai Pak Yazid adalah pesara tentera dan pernah menjawat Yang Dipertua Persatuan Bekas Perajurit Force 136, selain mengetuai perbarisan Hari Kemerdekaan, pada 31 Ogos 1957.

Pak Yazid menyertai PAS pada 1956 dan pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor pada 1970 hingga 1974.

Jenazah allahyarham dibawa ke rumahnya di Kampung Baru untuk disempurnakan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang selepas solat Zohor.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.