Categories
NASIONAL

Dasar penswastaan, liberalisasi Kerajaan BN cipta ‘Mubarak’ Malaysia

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 25 FEB: Dasar penswastaan dan liberalisasi diamalkan Kerajaan Pusat dibidas kerana dasar itu memberi peluang golongan korporat tamak dan rakus bagi menambah kekayaan secara tidak bertanggungjawab terhadap kepentingan rakyat.

Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, golongan korporat itu diumpamakan sebagai bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang cenderung mengumpulkan kekayaan untuk diri sendiri dan ahli keluarganya dan akhirnya mencetuskan penentangan rakyat secara terbuka.

DSC_4047“Ini menyebabkan berlakunya revolusi di Mesir kerana orang marahkan Mubarak. Perhatikan di negara kita pun ramai Mubarak. Siapa dia Mubarak Malaysia? ‘Umat Melayu yang buruk dan rakus’ dicantumkan jadi ‘mu-ba-rak’, The Ugly Malays.

“Tidak semua yang Melayu kaya begini. Ada juga yang betul-betul hendak menyumbang tetapi ramai juga bila lupa daratan, lupa Islam, lupa pegangan hidup pada agama dan lupa harta itu adalah amanah,” kata Muhammad Ali.

Beliau berkata demikian dalam program Wacana Sinar Harian siri ke 26 bertajuk ‘Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran’ di Auditorium Karangkraf di sini semalam.

Muhammad Ali berkata, kerajaan harus bertindak segera dengan tidak membiarkan kelompok tertentu memonopoli kekayaan negara dan menindas rakyat kebanyakkan .

“Ini semua disebabkan dasar liberalisasi dan penswastaan yang menyebabkan korupsi, kompromi yang ini kita perlu ubah tetapi saya tak nampak perubahan yang nyata.

“Kita sibuk ke sana ke mari bercakap tentang transformasi, reformasi. Cuma yang ada korupsi dan kompromi dan inilah boleh berlakunya revolusi,” kata beliau lagi.

Muhammad Ali juga tidak bersetuju dengan idea ‘jihad menentang orang tengah’ seperti mana yang dilaporkan dalam beberapa media sebelum ini.

“Reformasi jangka panjang itu penting, bukannya anjur ‘jihad menentang orang tengah’ keluar surat khabar dengan tajuk besar.

“Saya tidak setuju. Jihad perangai rakus korupsi saya boleh terima dan ini lebih penting dari menentang orang tengah,” kata beliau lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.