Categories
NASIONAL

JINGGA 13 : Untung jadi konsesi lebuh raya berbanding rakyat

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 FEB: Antara keuntungan yang diperoleh syarikat konsesi berbanding rakyat adalah kekal mendapat pampasan yang
menguntungkan, di samping kutipan tol yang berterusan setiap masa walaupun tidak berlaku kenaikan harga pada tahun ini.

Demikian reaksi yang diutarakan Koordinator Jingga 13, Fariz Musa yang menyifatkan kerajaan terus tunduk dengan kehendak konsesi
dan wang rakyat terus diperalat demi memenuhi kehendak mereka.

Katanya, perkara itu cukup luar biasa walaupun selama ini pelbagai bantahan dibuat rakyat yang akhirnya menyaksikan kadar
tol tidak dinaikkan namun pembaziran wang terus berlaku.

jingga 13 pc DNS 01“Seperti biasa syarikat konsesi akan mendapat keuntungan bukan sekali ganda tetapi berlipat kali ganda dengan tindakan kerajaan membayar (pampasan) RM400 juta kepada 14 syarikat konsesi lebuh raya yang terbabit dengan tol.

“Ini membuktikan kerajaan tunduk dan akur kepada syarikat konsesi tol. Apa sahaja tindakan konsesi dan membabitkan perjanjian, kerajaan akan pertahankan hingga sanggup menggunakan wang rakyat dengan cara apa sekalipun untuk menjaga kepentingan konsesi,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tidak ada kenaikan tol untuk tahun ini dan kerajaan perlu menyediakan RM400 juta sebagai bayaran pampasan kepada syarikat konsesi yang terbabit.

Jingga13Katanya, walaupun bakal menyaksikan RM400 juta lebur untuk digunakan membayar pampasan kepada 14 syarikat konsesi, namun itu antara kejayaan rakyat Malaysia yang terus mendesak kerajaan ekoran kenaikan berantai yang dihadapi sejakkenaikan harga minyak, tahun lalu.

“Tahniah kepada rakyat kerana kekuatan membantah untuk menaikkan tol seperti yang diumumkan kerajaan sebelum ini,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.