Categories
SELANGOR

Jentera wanita PKR perlu bergerak agresif, bantu tingkat undi golongan terbabit

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 7 FEB: Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) wanita Parti Keadilan Rakyat(PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Haniza Talha mahu jenteranya bergerak secara agresif sebaik tempoh kempen bermula dan bertemu pengundi wanita bertujuan meningkatkan undi golongan itu.

Beliau berkata, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang melewatkan tarikh pengundian adalah peluang kepada jentera untuk berkenalan dengan seberapa ramai pengundi.

Katanya, jentera wanita sudah bersedia berdepan dengan cabaran getir dan kritikan seterusnya akan mengejutkan pihak lawan dengan masa lebih lama dan stamina yang tinggi.

haniza talha 2“Pelancaran jentera wanita pilihan raya yang dilancarkan malam ini menggambarkan komitmen bersama dalam memenangkan calon. Langkah SPR mengumumkan tarikh mengundi memberikan kemenangan moral bahawa Barisan Nasional (BN) tidak bersedia meletakkan calon.

“Oleh sebab itu SPR umumkan tarikh lebih lewat dan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah apabila PRK ambil masa yang lama bagi penamaan calon.

“Namun, ia baik untuk kita. Kita sasarkan majoriti lebih ramai kali ini dengan kemenangan lebih 10,000 majoriti,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran jentera, di Kajang, semalam.

Sebelum ini, Haniza memberitahu fokus Wanita PKR kini adalah pengundi wanita di DUN Kajang yang bakal ditemui melalui program penerangan daripada semasa ke semasa.

“Kita sekarang dalam proeses mengenali pengundi dan mengumpul maklum balas penduduk. Apabila tiba tempoh berkempen, kita luaskan program penerangan termasuk memberi maklumat tentang usaha Pakatan Rakyat berkenaan apa yang rakyat Selangor peroleh,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.