Categories
SELANGOR

JMM: Pembenihan awan jika negara alami bencana kemarau

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM 20 FEB: Operasi pembenihan awan atau ‘cloud seeding’ hanya akan dilaksanakan sekiranya negara diisytiharkan mengalami bencana kemarau.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata ia bagaimana pun boleh dilakukan sekirannya mendapat permintaan daripada pihak tertentu yang bersetuju untuk menanggung kos pelaksanaannya.

Lawatan YB Empangan Sg. Sel_3“Segala aspek diambil kira untuk pengisytiharaan tersebut melibatkan melibatkan keadaan cuaca, status semasa luahan sungai dan paras air empangan dan air bawah tanah yang masing-masing di pantau oleh MetMalaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG),” jelasnya dalam satu kenyataan kepada Selangor Kini.

Sebelum ini Kerajaan Selangor bercadang untuk menggunakan kaedah pembenihan awan sebagai langkah mempertingkatkan kapasiti air di empangan yang terjejas ekoran fenomena cuaca panas dan kering.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata langkah itu akan dilakukan minggu depan sekiranya cuaca panas berlanjutan.

Katanya, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukkan sebanyak RM300,000 hingga RM500,000 bagi melaksanakan inisiatif itu.

Fenomena cuaca panas dan kering yang berlaku ketika ini adalah disebabkan oleh ketiadaan hujan bagi tempoh yang panjang di kebanyakkan kawasan, terutamanya di Semenanjung Malaysia.

MetMalaysia juga melaporkan jumlah awan yang kurang diruang angkasa pada siang hari juga menyebabkan sinaran matahari yang terik terus ke permukaan bumi sekaligus menjadikan suhu udara meningkat dengan cepat.

“Keadaan cuaca panas yang berlaku di Semenanjung Malaysia telah dikesan bermula pada awal bulan Februari yang lalu dan dijangka akan berakhir menjelang pertengahan Mac 2014 setelah musim Monsun Timur Laut berakhir,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.