Categories
SELANGOR

Kerajaan Pulau Pinang-Selangor berkongsi ilmu komunikasi media

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 14 FEB : Seramai 18 penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) dan kakitangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang mengadakan lawatan kerja ke pejabat urusan TvSelangor dan Selangorkini, di sini hari ini.

Lawatan diketuai mantan Speaker Dun Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain dan Pengarah Komunikasi Pejabat Ketua Menteri, Yap Lee Ying.

tvsMereka juga dijangka akan bertemu dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sesi minum petang di pejabat Menteri Besar, petang ini.

“Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau perkembangan urus tadbir Kerajaan Negeri dan Dun negeri Selangor secara keseluruhannya.

“Kami dapati perkongsian dari tempoh yang singkat ini ada perkara-perkara dan manfaat dari komunikasi serta bagaimana menyampaikan mesej-mesej yang baik melalui media rasmi Kerajaan Negeri,” katanya.

Sementara itu, Lee Ying berkata lawatan itu juga bertujuan untuk memahami proses penerbitan, pengedaran dan penulisan keluaran Kerajaan Negeri Selangor itu.

“Lawatan ini pada masa sama adalah untuk mengeratkan hubungan sedia terjalin antara kedua pihak. Pulau Pinang masih dalam proses mewujudkan program tv dan dalam lawatan ini kami dapat belajar cara pengurusannya,” katanya.

Lawatan itu diteruskan dengan sesi penerangan oleh Ketua Pengarang Communication Corporation Sdn Bhd, Fazalah Pit.

Leave a Reply

Your email address will not be published.