Categories
SELANGOR

MB jawab tuduhan isu PKNS: ‘Takkan saya mahu sabotaj diri sendiri’

Oleh Lizawati Madfa

SHAH ALAM 6 FEB: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyangkal tuduhan pihak tertentu kononnya beliau memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Menyifatkan tuduhan itu tidak masuk akal berikutan kedudukannya sebagai Pengarah Pilihan raya PKR Kajang, beliau berkata:

“Jika saya sabotaj, bermakna saya sabotaj diri saya sendiri. Tuduhan itu tidak ubah seperti sebuah jenaka.”

Pada sidang media semalam, Abdul Khalid juga menafikan ada perjanjian antara beliau dan PKR untuk mengosongkan jawatan Menteri Besar apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menang.

“Tidak ada sama sekali perjanjian seumpama itu. Tumpuan sekarang adalah untuk menang PRK Kajang,” katanya.

Abdul Khalid juga menafikan dakwaan kononnya mahu kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang disandang Mohamed Azmin Ali dikosongkan, bukannya kerusi Kajang.

Penafian itu dibuat berikutan wujud tuduhan tanpa bukti dari akhbar berbahasa Inggeris, kononnya beliau berusaha memastikan Azmin tiada dalam Dewan Negeri Selangor (DNS).

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.