Categories
SELANGOR

MB tidak terbabit pemecatan 23 kakitangan PKNS

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 5 FEB : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan beliau terbabit isu pemecatan 23 kakitangan kontrak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang menimbulkan kekecohan, semalam.

Beliau berkata, keputusan itu bergantung sepenuhnya kepada pengurusan PKNS yang dipercayai bertindak demikian atas sebab tertentu.

“Itu adalah keputusan pengurusan PKNS dan kita percaya mesti ada sebab apabila semua kakitangan berkenaan mungkin tidak dipecat tetapi tidak diteruskan perlantikannya.

11“Dalam nota yang diberikan kepada saya tidak ada sebut berkenaan pemecatan, tetapi kebanyakan daripada mereka adalah pekerja kontrak dan pengurusan mungkin ingin menentukan jumlah pekerja yang sesuai maka kontrak itu ditamatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Menghafaz al-Quran peringkat negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, semalam.

Pada masa sama, Abdul Khalid turut menafikan insiden berkenaan mempunyai kaitan dengan pengguguran dua kakitangan tertinggi PKNS sebelum ini termasuk Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah.

pkns-logo“Perkara itu masih dalam proses pendengaran. Oleh sebab itu, saya tidak boleh memberi komen kerana ia di bawah jagaan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan akan dibentang untuk pengetahuan PKNS,” katanya.

Semalam, media melaporkan 23 kakitangan kontrak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerima notis pemecatan 24 jam berkuatkuasa serta-merta.

Salah seorang kakitangan terbabit berkata, mereka menerima notis pemecatan itu tanpa alasan munasabah, kira-kira jam 9 pagi semalam.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.