Categories
SELANGOR

MB: Pegawai Khas bebas dilantik siasat isu PKNS

SHAH ALAM 2 FEB: Kerajaan Negeri melantik seorang pegawai khas bebas untuk mengendalikan siasatan terhadap dua pegawai pengurusan tertinggi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata individu itu diputuskan bagi mengelakkan sebarang kepentingan peribadi.

“Sekarang mereka di bawah jagaan pejabat SUK dan diletakkan seorang pegawai khas bebas untuk mengendalikan pentadbiran. Ini kerana setiausaha juga dikatakan namanya terlibat dalam hal ini.

IMG_2213a“Oleh itu, untuk menunjukkan tiada percanggahan kepentingan, kita tidak meminta setiausaha mengendalikannya,” katanya semasa sidang media selepas perjumpaan Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor di sini, semalam.

Bulan lalu, Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar dan setiausaha kerja perbadanan itu, Norita Mohd Sidek ditukarkan serta-merta ke pejabat SUK dan dilarang menghadiri mensyuarat ahli lembaga pengarah PKNS.

Abdul Khalid sebelum ini memaklumkan Khusrin diberi masa dua minggu untuk membuat siasatan terhadap Othman dan Norita membabitkan kes surat penamatan perkhidmatan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS bertarikh 8 Januari lalu.

IMG_2278aDalam perkembangan lain, Abdul Khalid mengumumkan mewujudkan pasukan Bola Sepak Selangor Football Club (FC) dalam masa terdekat.

“Kita percaya sukan bola sepak di negara ini akan jadi maju jika kita mencontohi negara lain yang sudah mencapai tahap profesional dan sokongan rakyat berterusan adalah penting,” kata Abdul Khalid.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.