Program penjadualan air di seluruh Selangor akan dilaksanakan bermula esok bagi memastikan bekalan air berterusan di negeri itu yang dibahagikan kepada dua zon.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata penjadualan air itu melibatkan tempoh selama dua hari sesuatu zon menerima bekalan air dan dua hari satu zon tiada bekalan air secara bergilir.