Categories
NASIONAL

Politik Seks: Penyebar aib manusia, percaya, berdosa besar – Fathul Bari

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 20 FEB: Pihak bertanggungjawab menyebarkan berita menyebabkan keaiban kepada manusia lain dan pihak yang mempercayainya merupakan golongan manusia yang menanggung dosa besar.

Dosa ditanggung pembawa berita dan pihak yang mempercayainya itu bertambah berat sekiranya keaiban yang disebarkan itu merupakan satu fitnah.

UMNO BN 55Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahya, berkata adalah haram tidak kira parti, pihak menyebarkan keaiban orang walaupun sekiranya benar berlaku tetap merupakan satu dosa besar.

“Nabi ada sebutkan ada tujuh dosa besar, pertama dosa syirik dan bila tiba Nabi menyebut persaksian palsu Nabi terus berdiri.

“Para ulama yang mengkaji hadis ini mengatakan Nabi berdiri bila menyebut persaksian palsu kerana ia merupakan dosa berat,” kata Dr Fathul Bari.

Beliau berkata demikian dalam satu ceramah agama yang dimuat naik di laman sosial You Tube tidak berapa lama dahulu.

Beliau menyeru masyarakat negara ini berhenti menyebarkan atau pun mengulas sebarang isu yang melibatkan sebarang berita mengaibkan seseorang manusia.

Sebelum ini, media melaporkan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata BN akan menjadikan isu video seks sebagai modal dalam pilihan raya kecil Kajang tidak lama lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.