Categories
SELANGOR

Prof Dr Redzuan: Tun M tiada kuasa memilih Anwar tapi pengundi Kajang

Oleh : NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA 23 FEB: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berkuasa menentukan siapa yang wajar menjadi Adun Kajang atau menentukan individu yang wajar dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Sebaliknya Pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, perkara itu ditentukan pengundi Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan pada 23 Mac ini.

UMCEDEL“Tun Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak jadi Menteri Besar Selangor. Tiap-tiap hari kita terbaca, terutamanya media arus perdana memberikan gambaran seumpama itu.

“Nak memilih Datuk Seri Anwar bukan Tun Mahathir ataupun pengundi terlibat dengan media tetapi pengundi Kajang.

“Kita tanya pengundi Kajang, bagaimana pandangan mereka terhadap Datuk Seri Anwar khususnya apabila beliau diuar-uarkan menjadi Menteri Besar, kata Dr Mohammad Redzuan dalam sidang media pembentangan hasil kaji selidik PRK Kajang di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) di sini Khamis lalu.

Kajian yang dijalankan dengan melibatkan 576 responden dari pelbagai latar belakang yang dipilih secara rawak itu juga menunjukkan sebanyak 17 peratus menjawab tidak manakala 24 peratus lagi tidak pasti.

Keputusan kajian ini turut disokong dengan keputusan kajian dalam isu sama berdasarkan pecahan mengikut tempat tinggal, taraf pendidikan dan status mengundi yang rata-rata lebih 50 peratus bersetuju PRK Kajang wajar diadakan bagi membolehkan Anwar dilantik Menteri Besar Selangor.

Kajian mengikut pecahan tempat tinggal, 69 peratus penduduk kampung yang lazimnya didiami masyarakat Melayu berkata wajar diikuti 65 peratus penghuni rumah pangsa, 63 peratus kawasan bandar, 57 peratus taman perumahan, 56 peratus kawasan pinggir bandar dan 33 peratus kampung baru.

Bagi pecahan mengikut taraf pendidikan pula, 70 peratus golongan pemegang ijazah dan ke atas bersetuju diikuti tiada pendidikan 67 peratus; lulusan SPM, O Level dan PMR/SRP masing-masing 57 peratus dan 51 peratus memiliki sijil STMP dan diploma.

Bagi pecahan status mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 13, pengundi kali kedua merupakan paling tinggi bersetuju dengan 70 peratus, 65 peratus kali keempat, 63 peratus kali ketiga, 54 peratus pengundi lebih empat kali dan 48 peratus pengundi yang mengundi kali pertama.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.