Categories
SELANGOR

Rakyat sambut gembira kejayaan industri air kembali ke Selangor

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 27 FEB : Rata-rata rakyat Selangor menyambut baik kejayaan Kerajaan Negeri merealisasikan program penstrukturan semula industri air di negeri ini yang diperjuangkan sejak 2008 lagi.

Pengerusi Majlis Pemuafakatan Mahasiswa Selangor (MPMS), Muhammad Nawawi Munir Shoib, 25, berkata kejayaan ini membuktikan bahawa air sebenarnya bukan suatu industri yang boleh didagangkan.

“Air merupakan keperluan asas setiap anggota masyarakat dan ianya haruslah diuruskan oleh kerajaan dan bukan pihak swasta yang bermotifkan keuntungan semata-mata.

02“Kejayaan ini perlu dilihat oleh negeri-negeri lain bahawa sesungguhnya air adalah hak rakyat dan undang-undang sebenarnya membenarkan pengurusan air oleh kerajaan negeri demi kebajikan rakyat,” katanya.

Semalam, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan memeterai memorandum persefahaman (MoU) pengambilalihan empat ekuiti empat syarikat konsesi; Puncak Niaga Berhad Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Korsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS).

ZulkifliSementara itu, Zulkefli Nani 45, berkata beliau menyokong penuh usaha kerajaan negeri yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kepentingan rakyat.

“Kalau MoU yang ditandatangani ini sememangnya menguntungkan rakyat, saya pasti semua pihak dan semua lapisan masyarakat pasti mengalu-alukan berita gembira ini.

“Kalau kita lihat negara-negara membangun yang lain pun, hak air ini diberikan kepada kerajaan atau pun rakyat, bukannya syarikat konsesi,” katanya yang juga aktif dengan badan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care.

Antara lain, persefahaman MoU membolehkan projek Loji Rawatan Air 2 dan Sistem Agihan (LRAL2) diteruskan.

Kerajaan Persekutuan juga bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang dianggotai wakil kerajaan negeri bagi menjayakan projek LRAL2.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.